Cari Blog Ini

Halaman

Selasa, 23 November 2010

Pengenalan Tpolz Ghost Movies (TGS)


Tpolz Ghost Stories dengan nama singkatannya ialah TGS ditubuhkan pada 23 november 2010.Team TGS diuruskan secara 'rambang' kerana organisasi kini belum tetap.Laman blog TGS akan menayangkan pelbagai cerita hantu sama ada seram atau komedi.Cerita yang disiarkan bukan sekadar filem bahkan berbentuk artikel.Cerita yang dipaparkan oleh TGS sesuai untuk tontonan umum...Tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada hidup ataupun 'meninggal dunia'..
Pihak TGS berharap semoga anda terhibur dengan cerita yang disiarkan di laman TGS.Sekian terima kasih daripada team TGS..

Isnin, 22 November 2010

Alahai cek ponti...Eps 1

Alkisah...maka bermulanya sebuah kisah pontianak yang 'hidup' bersendirian di pokok buloh yang bedekatan dengan kedai wak kontot..aktiviti hariannya cuma mengganggu budak2 yang pulang daripada mengaji malam2..satu malam seperti biasa si ponti ni menunggu bebudak di 'port' biasa...belum sempat nak kacau bebudak,tetiba datang seorang pemuda 'encem' yang digilai gadis penduduk kampung yang digelar mas joko...maka 'kempunan'lah si ponti tadi nak kacau bebudak.gara2 melihat wajah 'encem' pemuda tersebut..mas joko merasai kehadiran sesuatu yang sedang merenungnya dari dekat...tatkala mas joko melihat susuk 'tubuh' pontianak,dia terkejut..si ponti juga terkejut lalu terus terbang..tanpa disedari,kain ponti tersangkut di celah dahan pokok.ponti sedar dia terbang tak berkain.Dia bergegas menarik kainnya yang tersangkut di dahan pokok....mas joko begitu hairan melihat telatah lucu pontianak tadi...bersambung...........



Alahai si ponti..Eps 2

Malam itu sungguh terang dilimpahi cahaya bulan. Lebih terang dari malam-malam biasa. Maklumlah…malam jumaat katakan. Si ponti teringat pesanan daripada rakannya si langsuir,ada pesta pada malam itu..si ponti terus berkemaskan diri untuk berangkat ke pesta tersebut..

“yeah!! Put ce hand zap!”suara Dj menyemarakkan lagi pesta tersebut… Si ponti sangat teruja dengan pesta yang sangat gempak gitu..

“Hellooo!...hantu-hantu sekalian.. welcome to Ghost Party. I hope you`re enjoy!!...Oooo!!!” jerit Dj..

‘Dum!Dum!Dum!’ bunyi muzik Dj berkumandang di udara dengan lagu ‘I Like It’ nyanyian Enrique Iglesias… Semua hantu-hantu di situ menari dengan penuh lincah..akibat terlampau taksub,tertanggal kepala hantu jeruk kedondong… “Adoi..bising betullah..”rungut si ponti. “Ala..bisalah ponti..kan dah namanya party mestilah bising..”Sampuk langsuir tetiba muncul sebelah si ponti..”Kau kat mana tadi?...terkial-kial saya cari awak!..”Tanya ponti dengan nada sedikit marah..”Baru jer dating dengan si cong tadi..”balas langsuir dengan selamber…’cong’ ialah singkatan bagi nama pocong..

Kawasan party tersebut berada jauh nun di atas bukit belakang hutan.Iaitu tempat kubur lama orang asli..sebab itulah penduduk kampong tidak kedengaran langsung bunyi bising party hantu-hantu tersebut..

“Bang…tolonglah…saya merayu..abang mesti bertanggungjawab..”rayu Elyn dengan nada sedih..”Maafkan abang lyn..abang tak boleh..abang dah bertunang lyn..abang tak boleh kecewakan yang ayah harapkan dari dulu lagi...”jujur Rangga membalas lembut…wajah lyn berubah serta-merta.. “Lyn tak kisah!! Lyn nak abang bertanggungjawab jugak!!..”bentak Elyn dengan nada marah separuh merajuk…Tanpa disedari air jernih membasahi pipinya.. “Maafkan abang sekali lagi lyn…tolonglah..jangan paksa abang..kalau family abang tahu nanti..Nahaslah abang..Lagipun,mak abang tu menghidap penyakit jantung..kalau mak tahu hubungan kita….”putus kata rangga..tidak sanggup menyambung perkataan ‘mati’… Tiba-tiba bunyi Hp Rangga berbunyi..lantas dia menyambut..kedengaran suara lembut di talian yang menampar gegendang telinga Elyn,mengajak kekasihnya pulang…Elyn terus menangis teresak-esak… “Lyn…abang minta maaf banyak-banyak…mungkin sampai di sini sahaja hubungan kita..abang minta diri dulu,jaga diri baik-baik..”ucap Rangga dengan lembut..Elyn hanya menyimpan amarahnya berbaur kesedihan dalam hati..Rangga bingkas bangun dari tempat duduk yang beralaskan daun nangka..Elyn sempat bersuara “tak apa bang…terima kasih,kerana mewarnai hidup lyn..tapi sayang…warnanya HITAM!!” sindir lyn yang masih bersisa dengan kesedihan… Rangga tersentak mendengar kata-kata Elyn tadi..Namun..dia mengendahkan kata-kata itu lalu pergi meninggalkan kekasihnya sendirian…

Bersambung….