Cari Blog Ini

Halaman

Isnin, 22 November 2010

Alahai cek ponti...Eps 1

Alkisah...maka bermulanya sebuah kisah pontianak yang 'hidup' bersendirian di pokok buloh yang bedekatan dengan kedai wak kontot..aktiviti hariannya cuma mengganggu budak2 yang pulang daripada mengaji malam2..satu malam seperti biasa si ponti ni menunggu bebudak di 'port' biasa...belum sempat nak kacau bebudak,tetiba datang seorang pemuda 'encem' yang digilai gadis penduduk kampung yang digelar mas joko...maka 'kempunan'lah si ponti tadi nak kacau bebudak.gara2 melihat wajah 'encem' pemuda tersebut..mas joko merasai kehadiran sesuatu yang sedang merenungnya dari dekat...tatkala mas joko melihat susuk 'tubuh' pontianak,dia terkejut..si ponti juga terkejut lalu terus terbang..tanpa disedari,kain ponti tersangkut di celah dahan pokok.ponti sedar dia terbang tak berkain.Dia bergegas menarik kainnya yang tersangkut di dahan pokok....mas joko begitu hairan melihat telatah lucu pontianak tadi...bersambung...........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan